Saturday, 23 July 2011

a day to share

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah baru balik daripada jalan-jalan to somewhere. jadi entri kali ni byk la snap2 yg sempat dihentam sepanjang cuti-cuti kami...

1st stop kami, adalah masjid Amru Ibnu 'As. Masjid ni merupakan antara masjid termasyhur dan tertua di Dumyat. Ia juga dikenali dengan nama masjidul Fath dinisbahkan kepada Al-Fathul Arabi. Ia didirikan ketika pembukaan Mesir oleh Amru Ibnu 'Asr pd tahun 642 M. Tiang-tiangnya diperbuat daripada marmar.
Mengikut sejarah, pengikut-pengikut Fatimiyyah telah memperbaharui masjid ni pada tahun 1106 M. Keajaiaban sejarah masjid ni adalah fungsinya sering berubah daripada masjid kepada gereja beberapa kali.


 tulisan arab ni adalah ayat-ayat suci Al-Quran. tanpa baris dan titik. Ia mengelilingi sepanjang dinding masjid ini. menarikkan..


tiangnya diperbuat daripada marmar..

ni kawasan belakang masjid Amru, ada kubur...~
 ni la rombongan trip percutian kami kali ni..

 ni adalah terowong yang dikatakan boleh tembus sampai kat sebuah masjid di cairo..
[dumyat --> cairo = 3 jam setengah]



2nd stop, kami ke masjid Abu Al-Ma'ati. masjid ini adalah antara tertua juga kat Dumyat. Ia terletak dekat dengan masjid Amru Ibnu 'Asr. kami jalan kaki je dari masjid Amru. Makam Abu Ma'ati atau dikenali juga dengan Fatel Al-Asma Al-Tikrauri ada dalam masjid ni. Beliau berasala dari Maghribi dan berhijrah ke Dumyat. Dalam masjid ni diadakan perayaan nisfu syaaban pada tiap tahun. Masjid ni ada dalam kawasan perkuburan. so nak sampai ke masjid ni kena melalui kawasan kubur.

Doa ziarah kubur..
ada kat depan pintu nak masuk kwsn perkuburan..
 
satu contoh kubur yang ada..

ni interior design masjid Al-Ma'ati..

ni adalah kubur seorang pahlawan Islam..



3rd stop, kami ke Masjid Al-Mu'ni. Nama masjid ni adalah sempena nama seorang saudagar Dumyat. Mohammad Ibn Mohammad yang digelar sebagai Mu'inudin.Ia diasaskan pada tahun 1310 M pada zaamn Nasir Al-Qalawun. Ada tulisan yang berusia 100 tahun dalam masjid ni. iaitu menunjukkan ia dibina pada zaman MAula Jawhar Al-Shaqoli (zaman memalik).
Masjid ini tergolong antara masjid-masjid yang unik di tepi sungai nil disebabkan struktur binaannya dan juga hiasan dalamannya yang antik dan jarang ditemui. Rekabentuk uniknya terserlah dengan ruang tamunya luas dihiasi dengan batu marmar dan juga kepingan hiasan berkelipan serta permukaannya berbentuk segi empat tepat.



 ni adalah bahagian atap masjid ni. terbuka di tengah membentuk pentagon. open air. i like..

 
 ni adalah tulisan yang berusia 100 tahun..


4th stop, kami ke kawasan penjara lama yang terbiar. nampak cam dalam cerita hindustan "om shanti om". agak seram tempat ni.







5th stop, kami ke tempat pembuatan kapal-kapal besar. banyak kapal-kapal besar. ada yang dah siap dan ada yang tengah duk bina. kami sempat main2 melakonkan adegan titanic kat sana. hihi~










6th stop, kami ke Masjid dan sekolah Al-Matbuli. Masjid ni diasaskan oleh Sultan Al-Asyraf Al-Qutaibi pd tahun 1475 M. Turut dibina sebelahnya sebuah sekolah untuk pengajian ilmu syariah. Ia dikenali dengan Al-Matbuliah sempena nama Al-Arif Billah As-Syeikh Al-Mutasyarif Ibrahim Al-Matbuli.
Kawasan dia macam perkampungan. Masuk lorong-lorong yang berliku sebelum sampai ke tempat yg dituju. sebab kawasan kampung, kami jadi tumpuan ramai. cam artis. hihi.





7th stop, kami berhenti makan kat kawasan Ras El-Barr sebelum menuju ke Ras El-Barr. meronggeng kawasan sekitar cari kedai jus. jumpa satu je gerai jus. ishk. kempunan nak minum jus cantaloupe =(

Ras El-barr ni adalah tempat kita boleh jumpa pertemuan antara laut dan sungai. Ia terletak di tebing barat Sungai Nil yang menuju ke Laut Mediterrean. Keluasannya secara kasar 2014 batu persegi. Ia menjadi tumpuan ramai pada musim panas.


jumpa dua orang budak comel sambil menunggu sunset..
adik beradik. sorang nama nada dan sorang lagi nama ala'



cantik..


selepas letih hentam penyek kamera, kami menikmati pemandangan matahari terbenam. so beautiful.

ini mereka...
seeking for light...

 a boy with honor

 nampak tak yang baju purple? 
perasan tak dia tengah buat apa?
solat..!

satu pasangan couple. husband and wife.
share the beauty of sunset...

the sky is getting darker...


malam tu kami pulang dengan gembira...~
the end

Friday, 22 July 2011

freaky friday




left alone by crew members

 location : penjara lama di zaman firaun
theme : tempat penggambaran Om shanti Om versi tut tut..hihi
 

Tuesday, 19 July 2011

winggling wednesday

"ni la bezanya kita dengan mereka.."

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah sudah hampir 4 tahun kami kat sini. bermacam-macam ragam dah kami jumpa...
terdetik nak tulis pasal entri ni bila semalam, dalam perjalanan balik rumah, waktu dalam tram[keretapi slow], ada seorang budak berumur dalam lingkungan 8 tahun, datang jaja tisu.

seperti lazimnya, si penjaja-penjaja ni 1st sekali mesti dorg distribute dulu brg2 jualan, then barulah dorg dtg balik kutip brg2 jualan. saper yg nk beli boleh bayar dan saper yg xnak boleh kasi balik brg2 tu. the same goes with this boy.

budak td tu kasi satu paket tisu. saper yg tak kesian tgk budak kecil dtg jual brg2 camni.
so kasi la segenih kat budak tersebut, bukan nak beli tisu tu. just rasa tergerak hati nk bagi.
tapi budak ni insist nak bagi tisu tu jugak.

budak ni xnak terima pemberian sajer2 cam tu je. dia mahu kerja untuk dapat rezeki tu. hasil titik peluhnya sendiri. bukan semata-mata duduk tepi jalan, tunggu rezeki datang bergolek depan mata, minta sedekah daripada org ramai. dia ada kudrat dan dia mahu berusaha. i like his spirit.

berbalik pada tajuk, sesaja nk cari differences btw kita dan mereka...
hmm, kat sini, tak kira tempat, jumpa tepi jalan, nak masuk bangunan mana-mana, masuk kedai farmasi, kedai makan, kedai jual pakaian, kedai runcit, even terserempak kat tangga dalam perjalanan to somewhere pun, dorang mesti bagi salam. tak usah cakap bila naik public transport. naik teksi, bas, van... mesti bagi salam.




apa lagi ye...alamak esk nak pegi holiday kat someplace, tapi belum siap pack. kena stop dulu..lupa...sesuka hati je duk layan blog...sambung lenkali..
oppss..






Monday, 18 July 2011

tasteless tuesday


 




nasi minyak

Bismillahirrahmanirrahim...

Semalam cuba-cuba masak nasi minyak. cik aprikot request for nasi minyak. request daripada org mengandung kena la penuhi kan..

okay nasi minyak.

tak pernah terlintas pun nak buat nasi minyak sebelum ni. mula la penyek patcit google. mujurlah banyak gak tangkapan patcit google..

tak kurang jugak tanya cik bilik sebelah resepi nasi minyak. try and error jadi lah nasi minyak...


dan resepinya bermula begini...
opps....rupa-rupanya kena tekan sini

bila dah siap nasinya..tiba turn lauk..
lauknya budak tu buat ayam masak merah yang biasa-biasa tu..
cara-caranya kita tengok hasil tangkapan patcit google....

tinggal seketul je. lupa nk snap bila siap semua td...

dan last sekali buat la acar. potong-potong je sayur mana yang ada..

hmm menunggu komen dari cik aprikot...gane la rasanya..

Saturday, 16 July 2011

Kookie~

Kim Jong Kook and monday couple Gary-shi




come back to me.
lagu ni Sparta nyanyi tuk blank ji hyo ...masa atas train
episode 15 RM