Friday, 15 July 2011

nisfu sya'ban

hmmm...
ada apa dengan nisfu syaban?
mari kita dengar apa kata ustaz azhar..

another friday

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah masih lagi dikurniakan nyawa untuk hidup pada hari ni. sekali lagi keheningan tengah hari jumaat digegarkan dengan laungan semangat rakyat yang ingin memperjuangkan hak mereka.
ingin membersihkan kotoran yang terpalit gara-gara pemerintahan yang tidak adil.

city hunter mesir sibuk membongkarkan bukti kezalimanan yang berlaku suatu masa dahulu sebelum revolusi baru-baru ini.

"Inzil ya masri!"
"Inzil ya masri!"


Seusai solat jumaat berjemaah, sang pejuang-pejuang Islam ini, bangkit melaungkan ketidakadilan yang berlaku. semangat ingin membina sebuah daulah islamiyah yang sebenar-benarnya masih teguh dalam jiwa-jiwa ini.

seperti lazimnya, budak tu duduk kat rumah di pagi jumaat ni. hari ni turn budak tu masak.
adui, malas betul nak masak hari ni.

belek-belek fb jumpa satu status cik butterfly,
"selamatkan mahasiswa dan mahasiswi mesir"
dan belek-belek komen jumpa pulak, kisah disebalik kenyataan ni,
"Hanya kerana BERSIH, beliau diberhentikan pengajian...dimanakah hak kami untuk menyuarakan pendapat? saya yakin,ini adalah permulaan bagi tindakan yang dikenakan kepada pelajar2 di sini, di sana banyak lagi ugutan-ugutan dan kecaman dari pelbagai pihak berkenaan penglibatan kami,warga Malaysia di Mesir ni dengan BERSIH.."
[petikan daripada sebuah blog pelajar mesir]
untuk maklumat lanjut boleh baca kat sini

agak terkejut bila baca berita ini. pernah dengar talk agama yang ustaz alang ni bagi. best. orang banyak ilmu apa-apa yang keluar dari mulut semuanya bermanfaat. ustaz alang ni jugak yang tolong uruskan pelajar-pelajar yang ingin menunaikan umrah.

tak sangka pasal bersih pn kena buang kuliah. motif bersih bukannya nak menjatuhkan kerajaan msia pun. kenapa sampai hantar surat kat al-azhar suruh buang student ni sbb dia terlibat dgn bersih. lain la kalau macam kat sini. memang motif dorang nak jatuhkan husni mubarak.

wallahua'lam..budak tu bukannya minat sgt bab politik ni. tapi bila dengar macam-macam, terasa nak luahkan kat sini. kadang-kadang Allah suka bagi ujian untuk hamba sebab Allah nak bagi kemenangan kelak.

Monday, 11 July 2011

spirit

Bismillahirrahmanirrahim..

sekarang samada fb atau blog. ramai yg berbicara pasal bersih. bila mana msia duk sibuk pasal bersih. mesir pun turut sibuk ingin mem"bersih"kan negara mereka.

begini lah keadaannya jugak sebelum revolusi dulu. except sebelum revolusi dulu ada dua tiga orang patcit polis. dan dua tiga buah kereta kebal jalan slow2 tengah2 crowd. sekarang ganti dengan lori bawa patcit speaker penaik semangat. siap nyanyi lagu lagi. rasanya lagu kebangsaan dorang kot. hmmm~

dari kejauhan nampak hospital shatby. i always wonder how far the crowds really were. 

 kat sini pun ada banner warna kuning..

spotted the yellow color
[blank ji hyo] . . .
[commander joong kok] yaar!
[gwang su] why hyung?
[jae suk] yaar yellow color!!
(tiru gaya running man)
hihi~


ini lah jadinya bila kerajaan mengabaikan hak rakyat. semua ni takkan jadi kalau pemimpin-pemimpin tu memainkan peranan masing-masing dengan seadil-adilnya dan sebersih-bersihnya!

teringat cerita korea city hunter..wujud ke city hunter kat dunia realiti ni yang berani nak membongkarkan kekorupsi pemimpin-pemimpin yang suka tipu rakyat.

walaupun tak turut sama dengan demostrasi rakyat mesir jumaat lepas, tapi dapat tengok sendiri dari jendela rumah, sudah cukup nak ceritakan keadaan demostrasi aman tanpa gangguan daripada polis atau pihak kerajaan.
tapi bila tengok video dalam al-jazeera terkejut demostrasi kat msia siap guna gas pemedih mata?water cannon? wah apa tu!!

kenapa boleh jadi sampai macam tu?

ni ada sedikit rakaman video oleh seorang insan. hihi..
sori untuk kualiti video yang agak teruk ni.  tak tahu nak letak position mcm mana utk dpt view yg ok..


"husni mubarak mush ta'baan!!"

Sunday, 10 July 2011

cuti-cuti kami

Bismillahirrahmanirrahim...

Keesokan harinya, kami meneruskan project ketiga kami. jenguk cairo!
Banyak pengalaman baru, yang kami dapat sepanjang ziarah kami di cairo.

Hari pertama, kami habiskan di rumah kawan kami di Abbasiah sebab bila sampai cairo, dah nak dekat maghrib. banyak betul teksi meter kat cairo. dan stesen keretapi masih tak siap-siap lagi renovate. rasa macam lama sangat tak jejak kaki kat bandar besar ni.

spotted Quran kat dashboard...

Hari kedua barulah bermula kami jelajah bandar perlembahan nil ni. Cuaca agak sederhana. berangin la jugak. at first kami ingat cairo panas, tp sangkaan kami agak meleset. Selepas zohor kami memulakan projek kami hari tu, ke Roxy Street. Biasalah lps zohor baru banyak kedai buka. Sebelum start jalan-jalan, layan Running man. Commander Jong Kok!
sebelum ni ramai member suh tengok Running man. katanya best la. macam-macam.
dan bila dah layan satu episod. oh agak menarik. suka Jong Kok dan Monday Couple.
Jong Kok capable of doing anything!

Kat Roxy street, kami meronggeng-ronggeng. ada all kind of things. dan 1st time try jus cantaloupe. Sedap.
Dulu suka jus tebu. selalu kalau pergi kedai jus. mesti pesan jus tebu. tapi nampaknya sekarang dah berubah cita rasa.

kebab daging. yummi kat kedai jus tu..

lepas ke Roxy street, kami sempat singgah kejap kat tahrir square sebab memang on the way ke destinasi kami yang seterusnya...Korean Restaurant!


ni adalah antara side dish kat restauran tu..







ni je tau nama. kimchi!
pedas! tak suka!



ni pulak yang mentah lagi. kena grill sendiri. macam dalam cerita korea tuu..

daging mentah

 cendawan dan bawang

dan atas benda ni la kami grill daging, bawang dan cendawan.

Bila daging menyentuh tempat grill tu, bunyi hisssh dihasilkan. Wahhh!!


 Jom makan!

wonton soup


 ayam apa tah namanya..

kimchi jjigae

beancurd. yummi!
jom makan!!


dan malam tu kami pulang lewat malam. pulang dengan kekenyangan~

labour room

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah final dah abis. tinggal tunggu result je skrg. insya Allah semuanya khair. takut. kaget. panik.
walaupun exam dah abis. tapi rasanya lagi busy drpd masa exam hari tu.

lepas je exam. kotak minda terus je berfungsi. mencari-cari apa yang patut dibuat bila dah abis exam!
movie marathon tu satu kemestian(hihi), tapi apa lagi ya. mula la buka balik list yang tersenarai ms tgh musim exam.

so projek first lepas exam kami, pegi san!..san stefano..sakan kami memborong food court ground floor, tapi sebelum tu, temankan cik bilik sebelah cari kasut. nak kasut cam kualiti msia kena la cari kat tempat2 cam ni. kalau beli kat kedai2 biasa, jawabnya keras campur sakit kaki la kalau pakai. tapi tgk harga jugak.
kasut budak tu beli kat kedai biasa2, at first pakai tu agak sakit kaki. sampai melecet. tapi bila dah biasa pakai, selesa. kalau keluar tak pakai kasut tu rasa rindula pulak. hihi.

apa yg budak tu suka kasut kat sini, tolak tepi kekerasan dan kesakitannya bila pakai, ialah design dia variety. harganya lagi murah dr kat msia.

sbnrnya bukan nk ckp psl 1st projek, tapi projek sekon kami. jenguk labour room for the first time.
malam tu lepas isyak, kami bertolak ke hospital Shatby. budak tu, cik bilik sebelah dan cik brown bilik belakang telah berjaya menjejak kaki 1st time ke labor room, ditemani cik courage yang telah banyak kali menjejak kaki ke hospital shatby.

ecceli ini adalah kali kedua budak tu masuk labour room. 1st time masa buat attachment kat msia dan this one is the second. agak terkejut, kaget dan clueless sebenarnya bila mula2 masuk labour room tu. tekejut dengan suasana beberapa ibu2 tengah berjuang. atmosphere yang hingit bingit dengan suara ibu2. tapi lagi terkejut bila ada seorang doktor lelaki yang turut serta dalam perjuangan si ibu2 ni.

kami sempat mengikuti tiga orang ibu selamat melahirkan bayi mereka. dua baby girl, yang sorang lagi tak sempat nak check.

namun baby first mengejutkan kami.





Pengalaman pertama budak tu melihat kelahiran seorang bayi ke dunia telah dikejutkan dengan satu kes yang jarang berlaku. Pengalaman melihat bagaimana sang doktor lelaki tadi membantu dalam proses kelahiran bayi ini melihat dunia.

Sementara itu, di katil sebelah sudah tersedia seorang ibu yang sedang menunggu masa bayi keluar. Tercegat seorang doktor muslimah sedia di sisi. Jeritan sang ibu sering kali mengejutkan kami. Perasaan terkejut tadi sedikit sebanyak sudah beransur hilang. kini berganti dengan perasaan helpless mendengar jeritan sang ibu2. Kami hanya mampu berdiri dan berdoa.


Terbayang mama.

"Beginikah masa ma nak lahirkan kami dulu.." 
"Sakitnya ma nak lahirkan kami 8 beradik!"

Perit.

Terima kasih ma! kyo sayang ma!
Kami dengan segera mengekori seorang nurse yang membawa bayi tadi ke satu bilik lain. Bayi tadi diletakkan di atas satu tempat khas bersama-sama bayi lain. Terdapat seorang bayi unidentified jantina sebab dah pakai pampers tersedia di dalam kotak khas tu. Entah nama apa kotak khas tu, suhu dikawal untuk maintain suhu bayi yang baru lahir tu.

Seorang doktor muslimah datang memasang salur pernafasan kat hidung bayi tadi. Kami boleh nampak bayi tadi agak susah bernafas. Grunting.
 
Tiba-tiba muncul seorang doktor lelaki yang entah dari mana datang. mengeluarkan stethoscopenya dan memeriksa bayi tadi.

Apabila ditanya apa diagnose bagi bayi tu, doktor muda tu..

cik courage: Excuse me doctor, what do you think diagnosis for this baby?
doctor: i think it's cystic hygroma. but i'm not sure. this is the first time i encountered such case. i will refer specialist before i tell you. Wait 5 minutes i will come back.

but 5 minutes later...

No sign of that young doctor....

Jadi at the end kami still tak tahu apa yang went wrong with that baby. Allah knows best.

Jadi kami pun kembali ke labour room. kami sempat bersama dua orang ibu lagi sebelum kami ke bilik bedah di tingkat atas.

Di bilik bedah, terdapat satu kes di mana seorang wanita muda terbaring tidak sedarkan diri di atas katil bilik bedah namun apa yang buat kami pelik perutnya kempis.
Apabila ditanya kes apa, rupa-rupanya wanita tersebut baru sahaja berkahwin. berlaku pendarahan tanpa henti dipercayai disebabkan vigorous intercourse.

Selepas itu, kami ke bilik yang menempatkan bayi-bayi yang baru lahir melalui caesarian. ada seorang bayi kepalanya besar. hydrocephalus. everything normal except kepalanya dan terdapat cairan csf keluar di bahagian belakangnya, kalau tak silap.

Bila berhadapan dengan kes yang macam ini. betapa kami bersyukur dilahirkan ke dunia normal sifat. dengan surrounding yang baik. sesungguhnya kita semua amatlah bertuah jika dibandingkan dengan keadaan rakyat kat sini yang kurang segalanya. tahap kesihatan dan kebersihan yang rendah ditambah pula populasi yang begitu ramai. namun mereka tetap bersyukur dilahirkan ke dunia.

Malam tu kami pulang dengan pengalaman yang baru. semoga kami menjadi doktor yang berguna di dunia dan akhirat~