Friday, 15 July 2011

another friday

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah masih lagi dikurniakan nyawa untuk hidup pada hari ni. sekali lagi keheningan tengah hari jumaat digegarkan dengan laungan semangat rakyat yang ingin memperjuangkan hak mereka.
ingin membersihkan kotoran yang terpalit gara-gara pemerintahan yang tidak adil.

city hunter mesir sibuk membongkarkan bukti kezalimanan yang berlaku suatu masa dahulu sebelum revolusi baru-baru ini.

"Inzil ya masri!"
"Inzil ya masri!"


Seusai solat jumaat berjemaah, sang pejuang-pejuang Islam ini, bangkit melaungkan ketidakadilan yang berlaku. semangat ingin membina sebuah daulah islamiyah yang sebenar-benarnya masih teguh dalam jiwa-jiwa ini.

seperti lazimnya, budak tu duduk kat rumah di pagi jumaat ni. hari ni turn budak tu masak.
adui, malas betul nak masak hari ni.

belek-belek fb jumpa satu status cik butterfly,
"selamatkan mahasiswa dan mahasiswi mesir"
dan belek-belek komen jumpa pulak, kisah disebalik kenyataan ni,
"Hanya kerana BERSIH, beliau diberhentikan pengajian...dimanakah hak kami untuk menyuarakan pendapat? saya yakin,ini adalah permulaan bagi tindakan yang dikenakan kepada pelajar2 di sini, di sana banyak lagi ugutan-ugutan dan kecaman dari pelbagai pihak berkenaan penglibatan kami,warga Malaysia di Mesir ni dengan BERSIH.."
[petikan daripada sebuah blog pelajar mesir]
untuk maklumat lanjut boleh baca kat sini

agak terkejut bila baca berita ini. pernah dengar talk agama yang ustaz alang ni bagi. best. orang banyak ilmu apa-apa yang keluar dari mulut semuanya bermanfaat. ustaz alang ni jugak yang tolong uruskan pelajar-pelajar yang ingin menunaikan umrah.

tak sangka pasal bersih pn kena buang kuliah. motif bersih bukannya nak menjatuhkan kerajaan msia pun. kenapa sampai hantar surat kat al-azhar suruh buang student ni sbb dia terlibat dgn bersih. lain la kalau macam kat sini. memang motif dorang nak jatuhkan husni mubarak.

wallahua'lam..budak tu bukannya minat sgt bab politik ni. tapi bila dengar macam-macam, terasa nak luahkan kat sini. kadang-kadang Allah suka bagi ujian untuk hamba sebab Allah nak bagi kemenangan kelak.

2 comments: