Wednesday, 27 July 2011

kematian itu satu peringatan

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah masih diberi nyawa untuk terus hidup di bumi Allah ini..dah agak lama x mengupdate blog ni...
hmm..banyak cerita nak share, tp malangnya xde mood nak menulis..

kematian adalah suatu yang tak dapat dijangka. hari ini masih sihat, tapi esok kita tak tahu. malaikat maut datang tanpa dijemput. ajal maut jodoh pertemuan semuanya di tangan Allah.
semalam dikejutkan dengan berita kematian che ngah, mak saudara, adik kepada mama.

selepas meeting seminar III, sambil tunggu untuk bersurai, tergerak hati nak tengok handphone. biasalah masuk meeting silentkan phone. belek phone, banyak betul msg dan misscall. dan one of them is msg from mama.

"kyo che ngah sudah meninggal dunia."

innalillahi wainna ilaihi raji'uun....
alfatihah....

semoga che ngah diberikan keampunan dan ditempatkan bersama-sama orang-orang soleh. amin.....

pernah dengar seseorang kata, kematian itu adalah satu peringatan buat yang masih hidup. semoga nyawa yang masih berbaki dapat digunakan untuk ibadat kepadaNya.

daripadaNya kita datang dan kepadaNya jua kita kembali....

1 comment:

  1. إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
    smoga ditempatkan dikalangan org yg bertaqwa...

    ReplyDelete