jumpa satu contest "Memori yang tidak dapat dilupakan sewaktu kecil"
macam nak cuba try join. bila karang2 cerita, cam dah lari topik la rasanya. tak kisah la. memori sendri
hmm...ada ke tak. lupa..hihi ^^
kalau nak join gak, penyek sini blog drsitihamidah
saya tag
.....................................................................................................................................................................
"Aku tak mahu jadi orang jahil !!!"
sekadar hiasan
Kicauan burung kedengaran dari kejauhan. Suram teratak usang milik atuk menjamah tubuh tua yang cuba mengagahkan diri menuju ke pintu. Derup papan setiap kali sepasang kaki itu membuka langkah mengejutkan aku daripada terus merenung sayu kelibat itu.
Aku di usia jagungku, baru pulang dari sekolah. Beg yang seberat gajah itu, aku humbankan ke atas lantai simen membelakangi tiang tempat basikal usangku menapak, sebelum aku pantas melepasi tangga kayu yang sudah sedikit merekah. Sekuntum senyuman aku lemparkan kepada atuk yang datang menjenguk di muka pintu.
"Atuk!"
Kelihatan secakir ukiran di bibir gersang atuk menyambut kedatanganku.
"Seorang?" sapa atuk.
"Abang, ada kelas tambahan hari ini. Adam datang seorang je."
Genap tiga tahun, Wan Maimunah, jantung limpa hati atuk telah meninggalkan atuk sendirian buat selama-lamanya. Kekosongan cuba diisi oleh kami adik-beradik apabila ada masa terluang di petang harinya. Arwah nenek telah meninggalkan kami dijemput malaikat maut apabila disahkan menghidap barah hati.
Kuhulur, plastik berisi dua ringgit pisang goreng dan sedikit ubi goreng yang berbaki. Atuk melabuhkan punggungnya di atas para. Aku turut mengikut jejak langkah atuk, mengambil "port" di sebelah tiang.
Sesekali terdengar rantaian batuk yang menyayukan memecah keheningan petang aku dan atuk.
"Atuk dah tua..." ayat-ayat keramat yang selalu meniti batas telinga aku dan abang.
"...hidup ini bagaikan roda. Ada turun dan ada naiknya"
"...Adam dan Azhan kena selalu ingat jangan jadi orang jahil. Ilmu Allah itu sangat banyak. Jangan jadi macam atuk. Jadilah seorang yang berguna di dunia dan akhirat..."
Terngiang-ngiang suara atuk mengetuk gegendang telingaku.
"...jangan jadi orang jahil!!"
Saat itu merupakan saat terakhir aku menatap wajah sayu itu. Segala-gala berlaku sekelip mata, aku yang di usia sekolah rendah hanya mampu terkebil-kebil tidak tahu apa yang berlaku. Suara aku memanggil-manggil atuk yang tidak sedarkan diri masih segar di ingatan.
Abah yang datang dengan motor merahnya menutup ingatanku. Segala yang berlaku selepas itu bagaikan terpadam dari kotak memoriku. Namun ingatan itu masih di situ. Sesegar embun pagi menjengah aku di kala alpa.
Lamunanku terhenti. Mata yang kaku memandang buku pathology seketika tadi, terus ku halakan ke pintu. Pintu dikuak. Muncur Amran menghentikan aku dari ingatan itu.
"Aku tak mahu jadi orang jahil!"
P.s...cerita ini adalah rekaan semata-mata. tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia. sebagai motivasi utk diri sendiri dan teman ^^
jadi org yg jahil trmasuk dlm golongan org2 yg rugi :)
ReplyDeletep/s : tlg aen leh?
http://officialaenlicious.blogspot.com/2011/06/life-is-so-colorful-photo-contest.html
thanks akai join contest ni..good luck..=)
ReplyDelete