di suatu hening pagi, derup suara burung pipit cik braces mengejutkan budak tu daripada tidur ayamnya. budak tu tidak bingkas bangun, tapi terus menyambung tali-tali mimpi manis yang belum sampai ke penghujung cerita. sedetik budak tu ingin menutup kembali kelopak matanya, suara kencang burung helang milik cik braces menusuk tajam ke cik telinga.
Aduih!
Solat subuh! Bangun solat subuh!
kalau dah subuhnya, pukul 3 pagi, namun cik kepala pulak sentuh bantal pukul 1 pagi.
"how do you expect i can wake up at 3 in the morning?" soal cik kepala.
"habis tu siapa suruh tidur lewat!" balas cik mulut.
berlangsunglah pergaduhan dalaman di dalam kerajaan badan budak tu.
tak nak celoteh pasal pagi tadi, tapi pasal ujian air.
barulah tahu susahnya hidup tanpa air.
for the record, we're able to survive 2 days without water.
tapi hari ini, nampaknya kami terpaksa mengalah. susahnya nak hidup tanpa....makhluk bergelar....air!
namun ujian yang Allah beri ada hikmahnya. samada sedar atau tidak. kita sebenarnya berdepan dengan ujian tiap-tiap hari.
adakah kita sedar itu ujian ataupun tidak mahu ambil peduli. ujian datang dalam perbagai bentuk. samada, strawberry flavor, or orange touch, or anything...
ujian adalah untuk menguji keimanan kita, juga untuk mengejutkan kita daripada tidur yang melalaikan.
sedar tak kita?
"jaga"kah kita dengan hidup kita hari ini?
perlu simbah dengan airkah kita untuk kekal terjaga?
atau perlu selam dalam telagakah untuk terus membuka mata?
ujian itu sebenarnya manis, tapi dengan madu keinsafan...
sekadar coretan kosong di tengah hari jumaat~
belek-belek page nikon, oh d90 mungkinkah menjadi milik?atau d5100....
No comments:
Post a Comment