ada segerombolan 10-20 orang manusia2 bertopikan rambut2 hitam. at first budak tu ingat incit2 ni sumer nak buat rusuhan aman, macam yg dorang selalu buat, namun sangkaan budak tu dan cik bilik sebelah meleset. rupa2nya, dorang tengah gaduh!
melihatkan pergaduhan yang agak sengit, cik bilik sebelah menarik tangan budak tu.
cik bilik sebelah : "eh jom kita pergi dari sini cepat. tengok dorang gaduh guna rantai besi dengan tali pinggang!!"
budak tu : ye.ye!
budak tu terpaku. terkejut!terpegun! kaget, bila tengok ada seorang dari incit2 tadi, tengah memutarkan rantai besi macam dalam citer aksi Mega Movie tv3 tuu.
tiba2, incit yang pegang rantai besi tu meluru ke arah budak tu dan cik bilik sebelah. dia ingin melarikan diri daripada incit2 lain yang ingin memukulnya. kini incit tu tadi berada betul2 di belakang budak tu dan cik bilik sebelah..
budak tu dan cik bilik sebelah apa lagi mebuka langkah seribu. tanpa cuba menoleh, budak tu dan cik bilik sebelah jalan tak ingat dunia.
cik hati, tak habis2 duk tadah doa.
"Ya Allah lindungilah kami. janganlah jadi apa2 kat kami."selepas beberapa minit berjalan ala kucing terkejut, budak tu dan cik bilik sebelah kini berani untuk menoleh ke belakang. rupa2nya, mereka berdua ni telah lama meninggalkan kelompok incit2 yg tengah bergaduh tu.
cik hati terus sujud syukur.
ni adalah kali ketiga, budak tu terserempak dengan ahli2 geng gaduh tepi jalan. tapi kali ni paling wow! siap guna besi lagi. kalau sebelum ni dengan senjata kayu ataupun cuma bertumbuk biasa. itu pun, budak tu kaget. ni apatah lagi. "jalan" bagai apa tadi. hooo
pengajaran dari cerita ni, malang tak berbau busuk. so peringatan buat cik2 sunquick peach strawberry kat luar sana jangan jalan sorang2 bahaya. kita tak tahu apa yg ada kat depan. even abg2 durian nenas pun pernah nak kena tikam dalam teksi sewaktu balik kuliah. apatah lagi cik2 sunquick peach sekalian. kita hidup kat tanah orang, kena sentiasa beringat. tanah air pun semakin tidak selamat. every step means danger! so be prepared.
bak kata pepatah budak tu, pakailah baju hujan masa hari mendung. xP
[budak2 upsr jangan guna ye pepatah ni, tak diiktiraf kerajaan malaysia lagi ni. hihi]
penyek hasil kerja cik stalker smalam ye...
photographer : akai
venue : some streets dekat kedai jual sandwich hati sedap
theme : bright.day out!
am old man walking in the street
a view of a sitter
menakotkannye. >.<
ReplyDelete