Friday 12 August 2011

"ni la bezanya kita dengan mereka.." [part dua]

Bismillahirrahmanirrahim..
entah kenapa, kehangatan ramadhan pada tahun ni sangat dirasai...banyak benda yang berlaku di awal ramadhan. dan sepanjang ramadhan itu sendiri create its own melody. betapa Allah itu maha berkuasa.

the silence of love can be felt. even though it's barely visible by my eyes...



bila keluar rumah, perasaan itu lain kalau nak dibandingkan dengan bulan lain. seperti lazimnya, nak ke tram kena melalui gerai patcit jual sayur-sayur dan kedai baiki kereta patcit mekanik. kalau bukan bulan puasa, confirm kat tangan patcit mekanik mesti ada sepotong "devil" rokok yang barely bernyala dan kepulan asap keluar dari mulut patcit mekanik. dan tangan sebelah kanannya pulak terpacak segelas teh pekat. patcit jual sayur-sayur pulak samada kat tangan dia ada surat khabar, ataupun duk berbual-bual kosong dengan patcit-patcit unknown. patcit kedai roti pun sama. kadang-kadang join the crowd.

tapi bila tiba bulan puasa, kat tangan semua mesti tersergam indah mashaf al-Quran..bukan sekadar pegang buat perhiasan, tapi mulut masing-masing terkumat-kamit mengalunkan ayat-ayat suci kalamullah. persatuan kedai kopi pagi-pagi kini dah dibubarkan bila tibanya bulan ramadhan.


bila nak dekat waktu berbuka, khemah-khemah besar mesti didirikan tepi-tepi jalan. dekat kerajaan rumah terhormat kami pun tak kurangnya. pukul 7 azan maghrib, pukul 6 dah ada dalam dua tiga orang patcit-patcit duk sibuk dirikan satu khemah besar. meja-meja diatur memanjang kat tepi Port Said street depan kedai jual daging. agaknya saper yang sponsor "maidah rahman" kat situ ye.

*maidah rahman=majlis berbuka puasa yang disponsor oleh orang-orang yang ingin menderma. selalunya matcit-matcit dan patcit-patcit kurang berkemampuan datang berbuka kat sini. free of charge. makanannya ya Allah mewah ala-ala restoran 5 star...



bila tiba ramadhan, semua orang happy. tak kira miskin kaya tua muda. tak perlu fikir macam mana nak cari makanan untuk berbuka malam ni. walaupun tak de duit, boleh menikmati juadah yang mewah tanpa perlu risau.

maidah rahman ada kat mana2 tempat. begitu Allah itu maha pemurah lagi maha penyayang..kalau kat malaysia, selalunya buat kat masjid. mat perasan macho uia pernah bagitau, ma pernah tanya,
"akam berbuka kat mana?"
"kat masjid, dekat uia, ada orang sponsor...pastu sambung sekon trip beli kat cafe kadang-kadang..."
(hehe..ishk2 adik aku..)


bila tiba malam, semua mesti sibuk ke masjid untuk solat terawih. semua tempat buat terawih kan.
apa yang uniknya terawih kat sini, solat berlantaikan tarr jalan raya dan berbumbungkan langit serta bulan dan bintang menjadi saksi. kadang-kadang angin pantai sepoi-sepoi bahasa menyapa. tapi kadang-kadang ada jugak angin "taufan ribut"  mengaum, habis terbang kain telekung di buatnya. hihi. bayangkan diri anda solat kat tepi pantai, macam tu la kami rasa. perasaannya sukar digambarkan melalui kata-kata. it is the secret of universe.



populasi orang kat sini ramai dan mostly semuanya Islam, kecuali minority kristian. dan masjid-masjid yang ada tak cukup nak menampung penduduk yang ramai, jadi, terpaksalah bina dinding sementara kat sekeliling masjid ibrahim untuk golongan wanita dan bagi lelaki dorang cuma hamparkan tikar hijau yang panjang di atas-atas jalan raya.   

 anak panah hitam tu tunjuk masjid ibrahim

bulatan besar wane hitam ni adalah lingkungan tempat solat sementara sempena ramadhan. gambar ni diambil masa revolusi hari tu. tak snap gambar masa pergi solat terawih sebab tinggal handphone kat kerajaan rumah.
kami selalu dapat port kat taman kat tengah tu...

dan yang ni culik gmbr kawan snap....

nampak benteng yang dorang buat...

teringat waktu puasa kat sini dua tahun yang lepas, kami solat terawih dekat masjid berhampiran kerajaan rumah terhormat je. masa solat kat masjid dekat kerajaan rumah dulu, bukan setakat kain telekung nak terbang dengan empunya badan sekali. angin shatby sangat ganas. tapi tahun ni kami try solat kat gami' ibrahim. anginnya sedang-sedang walaupun kadang-kadang ada jugak yang mengganas.

apa yang menarik solat kat gami' ibrahim sampai jadi tumpuan ramai, sheikh yang jdi imam baca sedap. hihi. dia akan habiskan satu juzu' setiap malam. tak terasa lama pun. sebab terlalu asyik dengan bacaan sheikh yang mendayu-dayu tu..pukul 8.30 azan isyak, pukul 11 baru sudah terawih. tak campur witir lagi tu. kalau witir, sheikh baca qunut 45 minit. hehe. kami selalu tak tunggu witir, kalau kerajaan rumah terhormat dekat tak pe. ni 3 stesen tram. hehe..ecceli dekat je. accurately 30 minit jalan kaki.

setakat tu dulu seloteh petang..mungkin akan buat lagi entri bezanya kita dengan mereka akan datang...
hari ni cik braces buat pengat pisang. tak sabar nak makan...semalam puding gula hangus..yang memang hangus...hihi
selamat berpuasa....

dalam bulan puasa ni.....

Bismillahirrahmanirrahim..
Hmm dah agak lama rasanya biar teratak buruk ni berhabuk..

dalam bulan puasa ni.....
hmmm....

cuba-cuba buat puding gula hangus
setelah bertungkus lumus dalam dapur kerajaan rumah terhormat itu..begini lah akibatnya..kesudahan yang menimpa nasib telur susu dan gula..



 . . .


beli buah plum, my feveret
dah lama rasanya tak makan buah plum. tetiba bila pergi citycenter temankan cik bilik sebelah beli kipas baru. jumpa buah plum. hmm..reasonable price. apa lagi beli la. plum yang size cherry pun ada.. "cherry plum"..sekali tengok macam tomato kecil, dua kali pandang sah bukan tomato, tengok papan kenyataan plum rupanya.




buah anggur tanpa biji pun dah makin nak habis musim..boring betul asyik duk makan buah anggur tiap-tiap hari. biler aprikot nak kuar ni. peach pun. lupa pulak bile ye musim buah peach..asyik jumpa anggur je kat pasar.




dan pengalaman buka puasa kat foodcourt citycenter.
hahaah...tak ramai orang. semua duk berbuka kat rumah amsing-masing. apa kejadahnya kamu dua orang berbuka kat citycenter....!?

1st time pergi citycenter takde orang. hehe...
teringat running man. kami dah macam main running man dalam bangunan citycenter yang kosong tu...
this is us...

 and....

 my cantaloupe and her ice mocha...


dan inilah santapan berbuka kami pada hari itu...

T___________________________T

entri yang tak de motif...huhu