Monday 27 June 2011

shupim.sana.sini

>>>>>SHOPPING>>>>>

ALLAHU AKBAR!                                    ALLAHU AKBAR!

PAUSE!PAUSE!PAUSE!

.........................................

^_^
 
>>>>SHOPPING LAGI!!!>>>>>


Sunday 19 June 2011

"Aku tak mahu jadi orang jahil !!!"

jumpa satu contest "Memori yang tidak dapat dilupakan sewaktu kecil"
macam nak cuba try join. bila karang2 cerita, cam dah lari topik la rasanya. tak kisah la. memori sendri
hmm...ada ke tak. lupa..hihi ^^
kalau nak join gak, penyek sini blog drsitihamidah
saya tag 
 
 

.....................................................................................................................................................................

"Aku tak mahu jadi orang jahil !!!"

sekadar hiasan
Kicauan burung kedengaran dari kejauhan. Suram teratak usang milik atuk menjamah tubuh tua yang cuba mengagahkan diri menuju ke pintu. Derup papan setiap kali sepasang kaki itu membuka langkah mengejutkan aku daripada terus merenung sayu kelibat itu.

Aku di usia jagungku, baru pulang dari sekolah. Beg yang seberat gajah itu, aku humbankan ke atas lantai simen membelakangi tiang tempat basikal usangku menapak, sebelum aku pantas melepasi tangga kayu yang sudah sedikit merekah. Sekuntum senyuman aku lemparkan kepada atuk yang datang menjenguk di muka pintu.
 
"Atuk!"
Kelihatan secakir ukiran di bibir gersang atuk menyambut kedatanganku.

"Seorang?" sapa atuk.

"Abang, ada kelas tambahan hari ini. Adam datang seorang je."

Genap tiga tahun, Wan Maimunah, jantung limpa hati atuk telah meninggalkan atuk sendirian buat selama-lamanya. Kekosongan cuba diisi oleh kami adik-beradik apabila ada masa terluang di petang harinya. Arwah nenek telah meninggalkan kami dijemput malaikat maut apabila disahkan menghidap barah hati.   

Kuhulur, plastik berisi dua ringgit pisang goreng dan sedikit ubi goreng yang berbaki. Atuk melabuhkan punggungnya di atas para. Aku turut mengikut jejak langkah atuk, mengambil "port" di sebelah tiang.

Sesekali terdengar rantaian batuk yang menyayukan memecah keheningan petang aku dan atuk.

"Atuk dah tua..." ayat-ayat keramat yang selalu meniti batas telinga aku dan abang.

"...hidup ini bagaikan roda. Ada turun dan ada naiknya"

"...Adam dan Azhan kena selalu ingat jangan jadi orang jahil. Ilmu Allah itu sangat banyak. Jangan jadi macam atuk. Jadilah seorang yang berguna di dunia dan akhirat..."

Terngiang-ngiang suara atuk mengetuk gegendang telingaku.

"...jangan jadi orang jahil!!"
 
Saat itu merupakan saat terakhir aku menatap wajah sayu itu. Segala-gala berlaku sekelip mata, aku yang di usia sekolah rendah hanya mampu terkebil-kebil tidak tahu apa yang berlaku. Suara aku memanggil-manggil atuk yang tidak sedarkan diri masih segar di ingatan.

Abah yang datang dengan motor merahnya menutup ingatanku. Segala yang berlaku selepas itu bagaikan terpadam dari kotak memoriku. Namun ingatan itu masih di situ. Sesegar embun pagi menjengah aku di kala alpa.

Lamunanku terhenti. Mata yang kaku memandang buku pathology seketika tadi, terus ku halakan ke pintu. Pintu dikuak. Muncur Amran menghentikan aku dari ingatan itu.

"Aku tak mahu jadi orang jahil!"

P.s...
cerita ini adalah rekaan semata-mata. tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia. sebagai motivasi utk diri sendiri dan teman ^^

Saturday 18 June 2011

faeshion.shiol.miz.worlD 2011

hmmm..
oh! errr...


i'll present to u...bakteriaL!
tahu tak banyak penyakit sebenarnya disebabkan oleh mr bakteria dan mrs virus. mereka2 ni tak pernah lelah dan putus asa untuk memberikan kebahagiaan kepada makhluk2 yang diberi nama...manusia!

pengacara majlis : sebagai pengacara majlis untuk fashion.shiol kali ni, saya..bla...bla...bla... dan sekarang tibalah masanya, saya akan memperkenalkan peserta2 kita. Siapakah yang bakal merangkul besi tiara miz.worlD 2011 kita pada malam ni....

kabus memenuhi pentas, samar2 kelihatan kelibat2.....


...diberi nama miz salmonella. beliau merupakan pengusaha terbesar syarikat demam kepialu. beliau giat bekerja apabila makhluk2 di malaysia tidak mengamalkan kebersihan diri, alam sekitar dan makanan dengan sempurna.
pesanan miz salmonella untuk peminat, jangan basuh tangan bila nak makan. dedahkanlah makanan bagi lalat cium.!"

dan peserta kedua kita,


...diberi nama miz Escherichia Coli atau nama glamernya E.coli. miz E.coli bekerja sebagai peng"cirit.birit"kan orang2 di bumi ini. semua peringkat umur dia sambar. miz E.coli ni sbenarnya baik, tapi dia ni licik sikit. bila badan mr manusia lemah2 sikit mulalah dia cari peluang.

dan peserta seterusnya, ialah

 ...diberi nama miz Klebsiella. dia berkerja keras untuk menyebabkan jangkitan salur kencing[p/s: urinary tract infection, hmm tak tahu la betul ke tak panggil cam ni] kepada manusia.

dan....


....diberi nama, miz pseudomonas. dia ni suka melancong ke mana saja, alam sekitar, tanah, air..bla...bla...miz pseudomonas ni suka kat dettol. bila guna dettol, miz pseudomonas sengih riang.

ok, kita dah tengok peserta2 kita. sebelum juri2 professional kita menilai dan mengira markah2. dan krew2 kami mengira vote daripada penonton di rumah, kita enjoy iklan seposen tajaan...tut...tut...



dan keputusannya!




.....hhmmmmm...~

Friday 17 June 2011

ujian.hari.hari

di suatu hening pagi, derup suara burung pipit cik braces mengejutkan budak tu daripada tidur ayamnya. budak tu tidak bingkas bangun, tapi terus menyambung tali-tali mimpi manis yang belum sampai ke penghujung cerita. sedetik budak tu ingin menutup kembali kelopak matanya, suara kencang burung helang milik cik braces menusuk tajam ke cik telinga.

 satu pagi jumaat~

Aduih! 
Solat subuh! Bangun solat subuh!

kalau dah subuhnya, pukul 3 pagi, namun cik kepala pulak sentuh bantal pukul 1 pagi. 
"how do you expect i can wake up at 3 in the morning?" soal cik kepala.
"habis tu siapa suruh tidur lewat!" balas cik mulut.

berlangsunglah pergaduhan dalaman di dalam kerajaan badan budak tu.

tak nak celoteh pasal pagi tadi, tapi pasal ujian air.
barulah tahu susahnya hidup tanpa air. 
for the record, we're able to survive 2 days without water.
tapi hari ini, nampaknya kami terpaksa mengalah. susahnya nak hidup tanpa....makhluk bergelar....air!

namun ujian yang Allah beri ada hikmahnya. samada sedar atau tidak. kita sebenarnya berdepan dengan ujian tiap-tiap hari.
adakah kita sedar itu ujian ataupun tidak mahu ambil peduli. ujian datang dalam perbagai bentuk. samada, strawberry flavor, or orange touch, or anything...

ujian adalah untuk menguji keimanan kita, juga untuk mengejutkan kita daripada tidur yang melalaikan.
sedar tak kita?
"jaga"kah kita dengan hidup kita hari ini?
perlu simbah dengan airkah kita untuk kekal terjaga?
atau perlu selam dalam telagakah untuk terus membuka mata?

ujian itu sebenarnya manis, tapi dengan madu keinsafan...
sekadar coretan kosong di tengah hari jumaat~

belek-belek page nikon, oh d90 mungkinkah menjadi milik?atau d5100....

Wednesday 15 June 2011

[u can count on me] friends forever..


jumpa video ni. nice song dan animation ^^

"oh i like!" bisik cik hati

penyek patcit google...
miss keybod : lirik lagu count on me, bruno mars
patcit google : ni la tangkapan patcit hari ni. tak seberapa, cu. jemput la makan....

If you ever find yourself stuck in the middle of the sea
I’ll sail the world to find you

If you ever find yourself lost in the dark and you can’t see
I’ll be the light to guide you

Find out what we’re made of
What we are called to help our friends in need

You can count on me like one, two, three
I’ll be there and I know when I need it

I can count on you like four, three, two
And you’ll be there ’cause that’s what friends

Are supposed to do
, oh yeah, ooh, ooh

If you toss and you turn and you just can’t fall asleep
I’ll sing a song beside you

And if you ever forget how much you really mean to me
Everyday I will remind you

Find out what we’re made of
What we are called to help our friends in need

You can count on me like one, two, three
I’ll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you’ll be there ’cause that’s what friends
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh, yeah, yeah

You’ll always have my shoulder when you cry
I’ll never let go, never say goodbye

You can count on me like one, two, three
I’ll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you’ll be there ’cause that’s what friends
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh

You can count on me ’cause I can count on you

Tuesday 14 June 2011

tawakkal itu satu keajaiban hidup



terjumpa video ni. nice. harap bermanfaat di musim xm ni ^^
suka dengan kata2,
tawakkal tu satu keajaiban hidup...

Dear Haffiz Lucky Draw : Elmo's Or Domo's?

elmo ke domo?
apa tuu?
ntah la mata, mulut pun tak tahu. hati plak jerit, baru first time dengar!

chek shoutbox ade org jemput join contest dia..
Dear Haffiz Lucky Draw : Elmo's Or Domo's?

bile penyek link yg diberi...
"oh, nama character kartun upenya" bisik cik hati.

hmm, hari ni mood main2, so nk try join contest yg dibuat blogger2 lah...



penyek sini link incit hafizz

dia suh letak icon yg suka.
hmmm, budak tu rasa domo la..
cam kiut je domo ni..
mcm komodomo lion la plak gamaknye..

kiut kan??
tapi gigi wah tajam woo..~
mata bulat, bukan sehelai bak kata cik2 peach suatu masa dulu pada seseorg yg bergelar budak tu.....

LORD's punya sandwiches

hari ini nak kongsi LORDians punya sandwiches sempena WARM [We are Real Muslim]
terbaek dari ladang....!

dah brekfes? blom? lapoo?
jom makan!!!

patcit google tak keja hari ini. so jom try resepi ni.

 ni la resepinya...
 


<<LORD's Sandwich of Ukhuwwah>>
Ingredient PERTAMA: 'Berwajah ceria'

Cara menyediakan ingredient pertama:
Berusaha utk menceriakan wajah (senyum) kpd sekurang2nya 2 org rakan setiap hari, bermula ESOK.


<<Because We.Are.Real.Muslims [WARM] >>


LORD's Sandwich of Ukhuwah
Bahan KEDUA: 'Memberi salam'

"Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh"
[May Allah's peace, mercy and blessings be unto you]

4:86. Apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik, atau balaslah (dengan yang serupa). Sesungguhnya Allah memperhitungkan segala sesuatu.

Biasakan yg betul, betulkan yg biasa.
LORDs... amalkan, jom!



LORD's Sandwich of Ukhuwah
Item KETIGA: 'Bersikap penyayang'

Anas (radhiallahu `anhu) said that a man was with the Prophet (sallallahu `alayhi wa sallam), when another man passed by.

The first man said, "O Messenger of Allah, indeed I truly love this man." The Prophet (sallallahu `alayhi wa sallam) asked him, "Have you let him know that?" He said, "No."

The Prophet (sallallahu `alayhi wa sallam) said, "Tell him."
He caught up with him and told him, "Truly I love you for the sake of Allah (subhanahu wa ta`ala)," and the man said, "May Allah (subhanahu wa ta`ala) love you who loves me for His sake."

[Reported by Abu Dawud]
 
 
 
LORD’s Sandwich of Ukhuwah 
Perkakas KEEMPAT: 'Bersikap lemah-lembut'

Kelembutan dalam Ukhuwah ialah…
>>>Kelembutan pada bicara, tutur kata, susun bahasa.
>>>Kelembutan dalam tingkah laku, layanan, teguran, bimbingan, sokongan dan dorongan.

Dari ‘La Tahzan’, karangan Dr. Aaidh al-Qarni:
(1) The hearts of people are attached to the one who possesses a gentle nature:

And by the Mercy of Allah, you dealt with them gently. And had you been severe and harsh-hearted, they would have broken away from about you... (Qur'an 3: 159)

(2) Goodness finds its roots in gentleness.

The Messenger of Allah (Blessings and Peace be upon him) said:
"Whenever gentleness is present in something, that thing is beautified; when gentleness is removed from something, that thing becomes spoiled."'

It’s easy to be harsh; to have no control over one’s words and actions towards others.. but only few who are strong can be truly gentle; only a select few have actual power over words said and acts done, ever mindful of others’ feelings and sensitivity.

“Only the weak are cruel. Gentleness can only be expected from the strong” ~Leo Buscaglia

Up for the challenge?

Ahli2 LORDs: Gentlemen (ikhwah) and ladies (akhwat); Amalkan sikap lemah-lembut dlm berukhuwah, jom!

{Because We(LORDs).Are.Real.Muslims}

LORD; in support of WARM


dan hasilnya...
jen..jen..
yummmi~

Sunday 12 June 2011

tips studi.muddi

assalamualaikum..(suppot WARM jap, sebarkan senyum dan salam ^^)

kami kat sini sdg giat buat program name dia WARM, stands for "We Are Real Muslim".
satu program yg sgt menarik dan bagus! 100xlike





tak nak cerita pasal WARm utk post ni, tapi nak kongsi sth might be benefial to u ^^

satu hari, dalam suasana mode exam practical....

LG choco bergetar disebelah budak tu,
"U GOT MSG!!"
mum: ni ma jumpa masa baca satu laman ni. tips mcmn nak jdi successful medical student...
budak tu: hmm. tekan bawah lagi....
mum: Tips How to become a successful medical student [extract from Dr Muhaya]
  • complete all omewok
  • write/recite ideas in your own word
  • attend all classes
  • take complete lecture notes
  • schedule enough study time
  • get help if confused
  • list all questions in a paper and ask doctor
budak tu: oh terharunya. omesick!omesick!

tips ni boleh apply utk semua yg rasa dirinya student/pelajar/penuntut ilmu..bla..bla..
semoga bermanfaat ^^

hurt !

dush! dush! 

kuat nye pukulan tu..
rasanya tak pedih, tapi MEMBUNUH!!

dlm ms dua hri berturut2 dpt double slap..

smalam masa meeting dan hari ni bila lambat siap utk temankan cik kakak2, sampai miss appointment dgn incit tabib. 

sori kakak2ku~

adus macam ni ker, nak jadi life saver?
 


"  orang duk sakit tenat, awak baru duk iron baju...???"

teringat kata2 seorang incit smalam, 
"...kalau dah meeting pun datang lambat, confirm nanti hari program HANCUS!!..."

tak disangka, incit ni sorang yg agak tegas. dulu, budak tu thought incit ni seorang yg sempoi..
tapi...semalam telah membuktikan incit ni tak seperti rupanya. 

bak pepatah budak tu, jgn judge buah peach ikut kulitnya, check dulu isi kat dalam. masam ke manis ke. 

disiplin & tepat masa

two crucial things...

that budak tu always got zero...

"oh, it's hurt! badly...."

.....
zzzzzzz

teringat kata2 cik strawberry masa SC [friends gathering],
untuk jadi doktor ada dua, samada highest ataupun zero!
tak de istilah intermediate...~

Thursday 9 June 2011

yummi...!

alhamdulillah sudah selesai semua xm budak tu. mode sekarang tengah menunggu written paper. hooo. bila dah habis fasa satu peperiksaan, mula lah cik perut buat hal. minta macam2. 


manchow wook!
yummiee ^^
ah craving for that!!!

lagi..

 lebanese's food!
chicken apa tah...

dan lagi...
???
ni mee segera yg kami makan masa evacuation hari tuuu..
macam teringin nak makan je skrg. oh lapooo!


cekodok! tak selera pun tengok. huhuu..
saper la yg masak ni agaknya..ermmmm..^^

agaknya misi diet budak tu boleh jalan ker...?
hmmmmm.....

jeng..jeng
lupa plak penyek gambar first time makan sushi dua tahun lepas...


bila cakap pasal diet..




ni menu diet ker???

mayonis ++++

Tuesday 7 June 2011

[iman anak abah]

 

ni adalah hasil titik peluh abg2 nenas kat sini yg buat. budak tu saja nak share kat sini. 
dia nyer effect cam kaabir bathia...tabik spring la kat budak2 ni..
enjoi =)

main2 tulis abc

 ni gambar snap dr tingkap bilik cik braces. 
view of sunset.

alhamdulillah tamat sudah xm budak tu utk hari ni. lusa ada lagi. hooo. budak tu ada tulis cerita sket. dulu bercita2 nak jadi penulis novel, tp entah macam mana cita2 tinggal nama sje. luput dibawa waktu. 
ni la karangan budak tu. kalau x silap last skali karang2 cerita ni masa spm dlu utk paper bi yg tripple apa tah..hihi

okeh, sila tinggalkan komen anda yg berharga, utk si penulis "yg bercita2 utk jadi penulis novel" ni perbaiki penulisan beliau. kalau cerita ni mengarut, tak best, agak berat etc laser terus je ya =P
insya Allah penulis akan terima dgn hati terbuka ^_^


Part 1

The air was stiff. The smell of unease atmosphere caught her nose. She opened her eyes. She begun to stand up, that feet, that gigantic feet pushed her back. She looked to surrounding. Something caught her eyes.
Flies were everywhere. The foul odor. The dim light scattered everywhere. The surrounding itself scared her. Without a single piece of wool on her corpse, she was left like a dead animal. Her body were touched by those filthy hands. They touched her. 

Her tears were still there. Wet, untouched. Slowly dropping from her eyes. But those eyes were already closed, and will never be open again.

“Kiraaa….”

She struggled to stand up again, but was pushed hard by those cruel masked demons. The hatred were already all over her. She tried to gather all the energy that was left. But then, came a huge well-dressed man, seemed like a high-class officer, grinning. Those two eyes were staring at the corpses and then, his eyes changed direction towards her. She begun to feel the water running down from her forehead. It’s coming.

“Aaaaaaaaaaaaaaaaa! Help me! Please let me go! Please! I beg u!”

The shouting coming out of sudden from the outside, followed by crawling silent. That man, started to walk towards her. Step by step. She could not forget the eyes. It's burning.

“Amiraaaaaaaaaaaa!!!!”

“Kiraaaaa!!!”

Those voices repeatedly coming to her ears, slowly dispersed to the air along with the breezing night melody.

“Is there any hope in this land?”

"Will miracle ever come...?" 

bersambung...

kalau rasa cerita ni ok utk diteruskan, budak tu akan tulis lagi. kalau tak, budak tu akan stop tulis cerita ni. dan usahakan cara pengceritaan yg lain pulak ^.^
komen ye

terima kasih sudi baca.
 

Monday 6 June 2011

main masak2

hari ni turn budak tu masak. esk nk xm, jd nk buat simple2 aje. penyek patcit google..

budak tu : ...resepi tomyam...
patcit google : zzzzzz....ni la hasil carian patcit hr ni...

mesra.net Resepi...bla...bla..
...dan bla..bla..

tapi budak tu "otter" sket resepi tu ikut tips cik bilik sebelah.
instead campak ayam yg mentah2. budak tu rebus dulu. kasi kuar pati ayam yang yummmi.
then ikut cara yg slalu buat dan ingat2 lupa apa yg patcit google kasi tau td. asalnya nk ikut completely resepi yg patcit google kasi. tp malas nk g salin atas puan kertas. so main belasah je.

ni la cara nya..

1st rebus ayam tu lama sket..nak taruk air pun blh. tp jgn taruk air byk sgt. 
tanak taruk pun no problemo. kalo tak taruk lagi kaw.
sambil tunggu rebusan ayam tu, tumis la bwg putih merah + halia + serai + lengkuas
biar naik bau sket then letak pati tomyam. hehe.
budak tu buang lengkuas sebelum letak air sbb takut jd rasa lain pulak. 
then, masuk air. bagi mendidih kejap, masuk sayur + daun limau purut.
lastly masuklah ayam skali dgn air rebusan tu. masuk garam gk.
bila dah rasa masak semua tu tutup la api. dan hidang...

lupa nk snap gmbr tomyam td.
cik cantik rommet cik braces puji. dia cakap sedap. hehe
blushing budak tu kejap..huhu

penyek gambar snap smalam, masa g market beli barang2 rumah..

 cantikkan bangunan tu? 
nak tau, ni adalah sekolah menengah dorang.
nampak tak gerai jual barang2 tu?
sebelum ni tak de, tapi bila mr HM menurunkan dirinya dari tahkta, dah ramai yang berani buka gerai2 kecil. cari rezeki.
kat malaysia, takkan jumpa budak kecil umur dalam 7-an aka sekolah rendah, kerja jual barang2 atas public transport. or lap cermin kereta kat tempat kereta berhenti utk lampu isyarat "manual".
(by manual, it means incit polis la green lite, incit polis jugak red light)
atau tolong angkat barang kat pasar guna bakul yg buat dr buluh.
unik kan =)


Sunday 5 June 2011

apa tuuu..

[Wohlfartia]

[Lucilia]

[Musca domestica]

[Sarcophaga]

[Calliphora]


tahu tak nama apa kat atas ni???

skali tgk, agak unik nama tuu..

rupa2nya nama saintifik bgi mr. lalat..hooo

Lucilia yg bulat wane hijau tuu.. jen..jen..



Wohlfartia tuu yang besar sket..kat blkg dia tu ada tompok2 hitam...hahaha...



Calliphora tuu yang wane biru..agak besar...yooo..




Sacrophaga tuu yang wane kelabu dan besar gak..huhuhu...




Musca domestica tuu yang ada jalur hitam kt belakang...toing..toing..


sebenarnya ni la benda2 yang bakal msuk peksa budak tu lusa..
dan ada lagi Mrs nyamuk..anopheles, culex dan aedes..
aedes mesti pernah dengar kan..
culex tuu la yang selalu ade kat rumah2 kita..

Saturday 4 June 2011

album file[gap exam]

alhamdulillah selesai xm utk hr ni. dua lagi coming! balik tadi sempat lagi matcit tangan pegi snap gambar sket sambil2 tunggu cik bilik sebelah amik mataewang kat bank.

dah nampak sket, miss plorapauna mula nak kembang..malu2 buka kelopak..spring is here!
budak tu tak dapat nk amik gambar elok2 sbb tengah jalan2 ayam. nak kejar cik bilik sebelah yg dah jauh meninggalkan..(tapi sbnrnya budak tu mmg tak pandai nk snap gmbr yg cantik.hihi)

bunga raya!!...yang layu. hihi




a walk of thousand steps...


 reflection..it's how we see ourselves..agree?



macam ni la budak tu tengok dunia...

 plorapauna yang malu2 nk tunjuk muka...


kuning itu segar..


unknown nama plorapauna ni..but cantik kalau in real life..huhu


cik hati : tak sabar nak g taman full of plorapauna with "new camera" !!

skrg dah rasa sket2 bahang panas dunia. terpikir kat neraka macam mana la agaknya. kecuali la dpt masuk syurga. ade aircord free. hidup ni cuma sementara...baru la tahu erti hidup tanpa kipas. sebab nak jimat sangat. nak kupul dueT nak beli dslr la konon. berjimat sakan..hihi. sanggup tak nak beli tuan kipas. kita tengok la sejauh mana, budak tu boleh berjimat utk dapatkan item idamannya tu..

cik2 oren semua termasuk cik hati sangsi dengan kenyataan jimat yg dikeluarkan baru2 ni di dalam persidangan makan malam seantero kerajaan rumahku syurgaku oleh "yang rasa diri berhormat" budak tu...

oh cik bilik sebelah nk tiupan bayu angin tuan kipas gak. lps ni kena rajin2 lepak dekat kerajaan bilik tepi, belakang dan hujung. kalau cik2 oren semua baca ni mesti korang dah tau niat suci murni budak tu duk lepak2 kat kerajaan korang lepas balik kelas..hihi. jimat punya pasal....
dalam cik hati, 
                                ....xpe2..dslr! dslr!

kan bagus kalau mujahadah utk lawan nafsu yg skrg duk bermaharajarela di dalam world known as badan! instead of nak beli dslr tuuu...