Thursday 28 July 2011

every child is special

Bismillahirrahmanirrahim...
letih. hari ni agak keletihan. projek membasmi cik li aka lipas giat dijalankan sejak pagi lagi, berlanjutan hinggalah ke petang. dan alhamdulillah akhirnya from 100% become 10% populasi cik li.

semalam layan satu movie. kawan tertinggal dia punya hardisk. so gunakan peluang belek2 hardisk dia. tajuk movie tu Taare Zameen Par.


ia mengisahkan seorang budak, ishaan, 8 tahun, menghidap dyslexia. disebabkan disorder ni dia selalu menimbulkan problem kepada kedua ibu bapanya. parentsnya ingat dia ni seorang yang nakal dan malas belajar. ishaan selalu gagal dalam peperiksaan. sehingga satu tahap parents dia decide nak hantar dia g boarding school.
kat boarding school tu la dia jumpa aamir khan, seorang guru ganti kat sekolah tu, yang berjaya mengubah hidup ishaan.


kalau dulu, kalau aamir khan yang berlakon sure rasa cam tak de feel nak tengok. tp sejak tengok 3idiots dan sekarang movie ni. dah semakin minat kat aamir khan. sejak kebelakangan ni, movie yg dia berlakon ada motif dan pengajaran yang nak dibawa. bukan macam sesetengah filem sekarang tak de motif pun. hbs tgk feel plain.

hmm kat atas ada mention dyslexia kan. apa itu dyslexia? dyslexia adalah satu learning disorder. seseorang tu susah nak kenal dan tafsir perkataan bertulis. ia bukanlah terencat akal. teringat masa belajar physio tajuk CNS dulu.

sedikit sebanyak review yang boleh dibuat hasil daripada tengok movie ni semalam,

1. kalau budak2 tak reti membaca, menulis etc. jangan paksa2 dorang. sebab kemungkinan dorang ada problem mcm ishaan dlm citer ni. so dalami isi hati budak2 dan cari any possible cause before take any action.

2. every child is special. so hargailah anak-anak sebab mereka adalah anugerah dan amanah daripada Allah.

3. sabar dan tabah bila berhadapan dengan kanak-kanak, terutama yang seperti ishaan. mereka tetap manusia biasa seperti kita tetapi see things in different view.

4. Albert Einstein, Leonardo da vinci etc. all of them ada problem masa kecil tapi dorang amazed the world with discoveries.
kita semua adalah special, samada kita sedar atau tidak. dan ada hidden potential inside us. ia bergantung pada diri kita sendiri, whether nak cuba bongkarkan ia atau benamkan ia dalam lautan kemalasan.
 
5. say u love them...kalau kita sayang kat seseorang, kita patut ucapkan padanya. bagitau kat dia kita sayang dan care.

all of all, patut tengok kot. hihi..

Wednesday 27 July 2011

wheezing wednesday


kematian itu satu peringatan

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah masih diberi nyawa untuk terus hidup di bumi Allah ini..dah agak lama x mengupdate blog ni...
hmm..banyak cerita nak share, tp malangnya xde mood nak menulis..

kematian adalah suatu yang tak dapat dijangka. hari ini masih sihat, tapi esok kita tak tahu. malaikat maut datang tanpa dijemput. ajal maut jodoh pertemuan semuanya di tangan Allah.
semalam dikejutkan dengan berita kematian che ngah, mak saudara, adik kepada mama.

selepas meeting seminar III, sambil tunggu untuk bersurai, tergerak hati nak tengok handphone. biasalah masuk meeting silentkan phone. belek phone, banyak betul msg dan misscall. dan one of them is msg from mama.

"kyo che ngah sudah meninggal dunia."

innalillahi wainna ilaihi raji'uun....
alfatihah....

semoga che ngah diberikan keampunan dan ditempatkan bersama-sama orang-orang soleh. amin.....

pernah dengar seseorang kata, kematian itu adalah satu peringatan buat yang masih hidup. semoga nyawa yang masih berbaki dapat digunakan untuk ibadat kepadaNya.

daripadaNya kita datang dan kepadaNya jua kita kembali....

Saturday 23 July 2011

a day to share

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah baru balik daripada jalan-jalan to somewhere. jadi entri kali ni byk la snap2 yg sempat dihentam sepanjang cuti-cuti kami...

1st stop kami, adalah masjid Amru Ibnu 'As. Masjid ni merupakan antara masjid termasyhur dan tertua di Dumyat. Ia juga dikenali dengan nama masjidul Fath dinisbahkan kepada Al-Fathul Arabi. Ia didirikan ketika pembukaan Mesir oleh Amru Ibnu 'Asr pd tahun 642 M. Tiang-tiangnya diperbuat daripada marmar.
Mengikut sejarah, pengikut-pengikut Fatimiyyah telah memperbaharui masjid ni pada tahun 1106 M. Keajaiaban sejarah masjid ni adalah fungsinya sering berubah daripada masjid kepada gereja beberapa kali.


 tulisan arab ni adalah ayat-ayat suci Al-Quran. tanpa baris dan titik. Ia mengelilingi sepanjang dinding masjid ini. menarikkan..


tiangnya diperbuat daripada marmar..

ni kawasan belakang masjid Amru, ada kubur...~
 ni la rombongan trip percutian kami kali ni..

 ni adalah terowong yang dikatakan boleh tembus sampai kat sebuah masjid di cairo..
[dumyat --> cairo = 3 jam setengah]



2nd stop, kami ke masjid Abu Al-Ma'ati. masjid ini adalah antara tertua juga kat Dumyat. Ia terletak dekat dengan masjid Amru Ibnu 'Asr. kami jalan kaki je dari masjid Amru. Makam Abu Ma'ati atau dikenali juga dengan Fatel Al-Asma Al-Tikrauri ada dalam masjid ni. Beliau berasala dari Maghribi dan berhijrah ke Dumyat. Dalam masjid ni diadakan perayaan nisfu syaaban pada tiap tahun. Masjid ni ada dalam kawasan perkuburan. so nak sampai ke masjid ni kena melalui kawasan kubur.

Doa ziarah kubur..
ada kat depan pintu nak masuk kwsn perkuburan..
 
satu contoh kubur yang ada..

ni interior design masjid Al-Ma'ati..

ni adalah kubur seorang pahlawan Islam..



3rd stop, kami ke Masjid Al-Mu'ni. Nama masjid ni adalah sempena nama seorang saudagar Dumyat. Mohammad Ibn Mohammad yang digelar sebagai Mu'inudin.Ia diasaskan pada tahun 1310 M pada zaamn Nasir Al-Qalawun. Ada tulisan yang berusia 100 tahun dalam masjid ni. iaitu menunjukkan ia dibina pada zaman MAula Jawhar Al-Shaqoli (zaman memalik).
Masjid ini tergolong antara masjid-masjid yang unik di tepi sungai nil disebabkan struktur binaannya dan juga hiasan dalamannya yang antik dan jarang ditemui. Rekabentuk uniknya terserlah dengan ruang tamunya luas dihiasi dengan batu marmar dan juga kepingan hiasan berkelipan serta permukaannya berbentuk segi empat tepat.



 ni adalah bahagian atap masjid ni. terbuka di tengah membentuk pentagon. open air. i like..

 
 ni adalah tulisan yang berusia 100 tahun..


4th stop, kami ke kawasan penjara lama yang terbiar. nampak cam dalam cerita hindustan "om shanti om". agak seram tempat ni.







5th stop, kami ke tempat pembuatan kapal-kapal besar. banyak kapal-kapal besar. ada yang dah siap dan ada yang tengah duk bina. kami sempat main2 melakonkan adegan titanic kat sana. hihi~










6th stop, kami ke Masjid dan sekolah Al-Matbuli. Masjid ni diasaskan oleh Sultan Al-Asyraf Al-Qutaibi pd tahun 1475 M. Turut dibina sebelahnya sebuah sekolah untuk pengajian ilmu syariah. Ia dikenali dengan Al-Matbuliah sempena nama Al-Arif Billah As-Syeikh Al-Mutasyarif Ibrahim Al-Matbuli.
Kawasan dia macam perkampungan. Masuk lorong-lorong yang berliku sebelum sampai ke tempat yg dituju. sebab kawasan kampung, kami jadi tumpuan ramai. cam artis. hihi.





7th stop, kami berhenti makan kat kawasan Ras El-Barr sebelum menuju ke Ras El-Barr. meronggeng kawasan sekitar cari kedai jus. jumpa satu je gerai jus. ishk. kempunan nak minum jus cantaloupe =(

Ras El-barr ni adalah tempat kita boleh jumpa pertemuan antara laut dan sungai. Ia terletak di tebing barat Sungai Nil yang menuju ke Laut Mediterrean. Keluasannya secara kasar 2014 batu persegi. Ia menjadi tumpuan ramai pada musim panas.


jumpa dua orang budak comel sambil menunggu sunset..
adik beradik. sorang nama nada dan sorang lagi nama ala'



cantik..


selepas letih hentam penyek kamera, kami menikmati pemandangan matahari terbenam. so beautiful.

ini mereka...
seeking for light...

 a boy with honor

 nampak tak yang baju purple? 
perasan tak dia tengah buat apa?
solat..!

satu pasangan couple. husband and wife.
share the beauty of sunset...

the sky is getting darker...


malam tu kami pulang dengan gembira...~
the end

Friday 22 July 2011

freaky friday




left alone by crew members

 location : penjara lama di zaman firaun
theme : tempat penggambaran Om shanti Om versi tut tut..hihi