Thursday 8 September 2011

cerita semalam

bismillahirrahmanirrahim...

alhamdulillah atas segala nikmat..hmm dah agak lama x mengemas blog ni. dah bersawang sana sini.
tak ada benda yang nak dikongsi. tadi keluar ambil duit perasan hari ni agak ramai orang. selalunya kawasan bank tu tak ramai orang. tapi tadi suasana agak sibuk.
semalam pergi citycenter dengan cik bilik sebelah. on the way nak ke citycenter dah mula nampak banner kempen. aura pilihanraya sket sebanyak dah nak makin rasa.
esok dengar khabar nak ada demostrasi aman. minggu lepas ada, tapi cuma segerombolan saja. esok tak tahu la macam mana. kita tunggu esok.

dua tiga hari sebelum raya hari tu, ada satu kejadian yang agak menakutkan. creepy. bukan nak menakutkan yang membaca sekadar berkongsi cerita.

dalam lebih kurang pukul 2 pagi, dikejutkan dengan cik brown bilik belakang datang cakap takut. dia dengar bunyi bising. ada orang perempuan menjerit menangis dan ada juga bunyi tembakan. bila cuba-cuba mengintai nampak sekumpulan manusia sedang mengetuk pintu sebuah bangunan. seperti mahu lari daripada sesuatu. suasana kelam kabut malam tu.

keesokan paginya, kami lalu kat tempat kejadian. suasana agak suram. ada dua tiga orang patcit yang sedang berbual-bual pasal kejadian semalam. tak dapat tangkap banyak sangat perbualan dorang sebab nak cepat. tapi tahu la dorang sedang borak pasal semalam. kat atas tar jalan raya ada banyak serpihan kaca dan ada juga serpihan pasu pecah. dan banyak serpihan bahagian-bahagian kereta.

kat tengah-tengah jalan raya berhadapan dengan gereja kecil, ada sebuah kereta biru honda remuk sangat2. gaya macam kena hentam oleh ramai orang. wallahualam apa yang berlaku malam tu, tapi apa yang pasti not a good thing..

sebelum tu, kami ada dengar isu antara muslim dan kristian. kesahihannya wallahualam. jadi macam-macam  konklusi yang kami buat. sampai kadang-kadang tak berani nak keluar rumah. bila fikir balik, sekarang ni semua tempat dah tak selamat. the world is corrupted. bumi dah tua. manusia pun ada macam-macam.

dulu waktu first datang sini, selalu dengar senior-senior cakap kat sini ada dua, ada musa dan ada firaun. ia sebenarnya satu perumpamaan, ada baik dan ada jahat. dua-dua sama kuat. kalau salah pilih merana hidup.

ok lah stop dulu kat sini, nak kena pergi temankan cik bilik sebelah ke mansyiah beli barang....