Saturday 23 July 2011

a day to share

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah baru balik daripada jalan-jalan to somewhere. jadi entri kali ni byk la snap2 yg sempat dihentam sepanjang cuti-cuti kami...

1st stop kami, adalah masjid Amru Ibnu 'As. Masjid ni merupakan antara masjid termasyhur dan tertua di Dumyat. Ia juga dikenali dengan nama masjidul Fath dinisbahkan kepada Al-Fathul Arabi. Ia didirikan ketika pembukaan Mesir oleh Amru Ibnu 'Asr pd tahun 642 M. Tiang-tiangnya diperbuat daripada marmar.
Mengikut sejarah, pengikut-pengikut Fatimiyyah telah memperbaharui masjid ni pada tahun 1106 M. Keajaiaban sejarah masjid ni adalah fungsinya sering berubah daripada masjid kepada gereja beberapa kali.


 tulisan arab ni adalah ayat-ayat suci Al-Quran. tanpa baris dan titik. Ia mengelilingi sepanjang dinding masjid ini. menarikkan..


tiangnya diperbuat daripada marmar..

ni kawasan belakang masjid Amru, ada kubur...~
 ni la rombongan trip percutian kami kali ni..

 ni adalah terowong yang dikatakan boleh tembus sampai kat sebuah masjid di cairo..
[dumyat --> cairo = 3 jam setengah]



2nd stop, kami ke masjid Abu Al-Ma'ati. masjid ini adalah antara tertua juga kat Dumyat. Ia terletak dekat dengan masjid Amru Ibnu 'Asr. kami jalan kaki je dari masjid Amru. Makam Abu Ma'ati atau dikenali juga dengan Fatel Al-Asma Al-Tikrauri ada dalam masjid ni. Beliau berasala dari Maghribi dan berhijrah ke Dumyat. Dalam masjid ni diadakan perayaan nisfu syaaban pada tiap tahun. Masjid ni ada dalam kawasan perkuburan. so nak sampai ke masjid ni kena melalui kawasan kubur.

Doa ziarah kubur..
ada kat depan pintu nak masuk kwsn perkuburan..
 
satu contoh kubur yang ada..

ni interior design masjid Al-Ma'ati..

ni adalah kubur seorang pahlawan Islam..



3rd stop, kami ke Masjid Al-Mu'ni. Nama masjid ni adalah sempena nama seorang saudagar Dumyat. Mohammad Ibn Mohammad yang digelar sebagai Mu'inudin.Ia diasaskan pada tahun 1310 M pada zaamn Nasir Al-Qalawun. Ada tulisan yang berusia 100 tahun dalam masjid ni. iaitu menunjukkan ia dibina pada zaman MAula Jawhar Al-Shaqoli (zaman memalik).
Masjid ini tergolong antara masjid-masjid yang unik di tepi sungai nil disebabkan struktur binaannya dan juga hiasan dalamannya yang antik dan jarang ditemui. Rekabentuk uniknya terserlah dengan ruang tamunya luas dihiasi dengan batu marmar dan juga kepingan hiasan berkelipan serta permukaannya berbentuk segi empat tepat.



 ni adalah bahagian atap masjid ni. terbuka di tengah membentuk pentagon. open air. i like..

 
 ni adalah tulisan yang berusia 100 tahun..


4th stop, kami ke kawasan penjara lama yang terbiar. nampak cam dalam cerita hindustan "om shanti om". agak seram tempat ni.







5th stop, kami ke tempat pembuatan kapal-kapal besar. banyak kapal-kapal besar. ada yang dah siap dan ada yang tengah duk bina. kami sempat main2 melakonkan adegan titanic kat sana. hihi~










6th stop, kami ke Masjid dan sekolah Al-Matbuli. Masjid ni diasaskan oleh Sultan Al-Asyraf Al-Qutaibi pd tahun 1475 M. Turut dibina sebelahnya sebuah sekolah untuk pengajian ilmu syariah. Ia dikenali dengan Al-Matbuliah sempena nama Al-Arif Billah As-Syeikh Al-Mutasyarif Ibrahim Al-Matbuli.
Kawasan dia macam perkampungan. Masuk lorong-lorong yang berliku sebelum sampai ke tempat yg dituju. sebab kawasan kampung, kami jadi tumpuan ramai. cam artis. hihi.





7th stop, kami berhenti makan kat kawasan Ras El-Barr sebelum menuju ke Ras El-Barr. meronggeng kawasan sekitar cari kedai jus. jumpa satu je gerai jus. ishk. kempunan nak minum jus cantaloupe =(

Ras El-barr ni adalah tempat kita boleh jumpa pertemuan antara laut dan sungai. Ia terletak di tebing barat Sungai Nil yang menuju ke Laut Mediterrean. Keluasannya secara kasar 2014 batu persegi. Ia menjadi tumpuan ramai pada musim panas.


jumpa dua orang budak comel sambil menunggu sunset..
adik beradik. sorang nama nada dan sorang lagi nama ala'



cantik..


selepas letih hentam penyek kamera, kami menikmati pemandangan matahari terbenam. so beautiful.

ini mereka...
seeking for light...

 a boy with honor

 nampak tak yang baju purple? 
perasan tak dia tengah buat apa?
solat..!

satu pasangan couple. husband and wife.
share the beauty of sunset...

the sky is getting darker...


malam tu kami pulang dengan gembira...~
the end

1 comment:

  1. siap eksen ala2 titanic. muahahaha...
    cool betol solat kat tempat tu.

    ReplyDelete