Sunday 10 July 2011

labour room

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah final dah abis. tinggal tunggu result je skrg. insya Allah semuanya khair. takut. kaget. panik.
walaupun exam dah abis. tapi rasanya lagi busy drpd masa exam hari tu.

lepas je exam. kotak minda terus je berfungsi. mencari-cari apa yang patut dibuat bila dah abis exam!
movie marathon tu satu kemestian(hihi), tapi apa lagi ya. mula la buka balik list yang tersenarai ms tgh musim exam.

so projek first lepas exam kami, pegi san!..san stefano..sakan kami memborong food court ground floor, tapi sebelum tu, temankan cik bilik sebelah cari kasut. nak kasut cam kualiti msia kena la cari kat tempat2 cam ni. kalau beli kat kedai2 biasa, jawabnya keras campur sakit kaki la kalau pakai. tapi tgk harga jugak.
kasut budak tu beli kat kedai biasa2, at first pakai tu agak sakit kaki. sampai melecet. tapi bila dah biasa pakai, selesa. kalau keluar tak pakai kasut tu rasa rindula pulak. hihi.

apa yg budak tu suka kasut kat sini, tolak tepi kekerasan dan kesakitannya bila pakai, ialah design dia variety. harganya lagi murah dr kat msia.

sbnrnya bukan nk ckp psl 1st projek, tapi projek sekon kami. jenguk labour room for the first time.
malam tu lepas isyak, kami bertolak ke hospital Shatby. budak tu, cik bilik sebelah dan cik brown bilik belakang telah berjaya menjejak kaki 1st time ke labor room, ditemani cik courage yang telah banyak kali menjejak kaki ke hospital shatby.

ecceli ini adalah kali kedua budak tu masuk labour room. 1st time masa buat attachment kat msia dan this one is the second. agak terkejut, kaget dan clueless sebenarnya bila mula2 masuk labour room tu. tekejut dengan suasana beberapa ibu2 tengah berjuang. atmosphere yang hingit bingit dengan suara ibu2. tapi lagi terkejut bila ada seorang doktor lelaki yang turut serta dalam perjuangan si ibu2 ni.

kami sempat mengikuti tiga orang ibu selamat melahirkan bayi mereka. dua baby girl, yang sorang lagi tak sempat nak check.

namun baby first mengejutkan kami.





Pengalaman pertama budak tu melihat kelahiran seorang bayi ke dunia telah dikejutkan dengan satu kes yang jarang berlaku. Pengalaman melihat bagaimana sang doktor lelaki tadi membantu dalam proses kelahiran bayi ini melihat dunia.

Sementara itu, di katil sebelah sudah tersedia seorang ibu yang sedang menunggu masa bayi keluar. Tercegat seorang doktor muslimah sedia di sisi. Jeritan sang ibu sering kali mengejutkan kami. Perasaan terkejut tadi sedikit sebanyak sudah beransur hilang. kini berganti dengan perasaan helpless mendengar jeritan sang ibu2. Kami hanya mampu berdiri dan berdoa.


Terbayang mama.

"Beginikah masa ma nak lahirkan kami dulu.." 
"Sakitnya ma nak lahirkan kami 8 beradik!"

Perit.

Terima kasih ma! kyo sayang ma!
Kami dengan segera mengekori seorang nurse yang membawa bayi tadi ke satu bilik lain. Bayi tadi diletakkan di atas satu tempat khas bersama-sama bayi lain. Terdapat seorang bayi unidentified jantina sebab dah pakai pampers tersedia di dalam kotak khas tu. Entah nama apa kotak khas tu, suhu dikawal untuk maintain suhu bayi yang baru lahir tu.

Seorang doktor muslimah datang memasang salur pernafasan kat hidung bayi tadi. Kami boleh nampak bayi tadi agak susah bernafas. Grunting.
 
Tiba-tiba muncul seorang doktor lelaki yang entah dari mana datang. mengeluarkan stethoscopenya dan memeriksa bayi tadi.

Apabila ditanya apa diagnose bagi bayi tu, doktor muda tu..

cik courage: Excuse me doctor, what do you think diagnosis for this baby?
doctor: i think it's cystic hygroma. but i'm not sure. this is the first time i encountered such case. i will refer specialist before i tell you. Wait 5 minutes i will come back.

but 5 minutes later...

No sign of that young doctor....

Jadi at the end kami still tak tahu apa yang went wrong with that baby. Allah knows best.

Jadi kami pun kembali ke labour room. kami sempat bersama dua orang ibu lagi sebelum kami ke bilik bedah di tingkat atas.

Di bilik bedah, terdapat satu kes di mana seorang wanita muda terbaring tidak sedarkan diri di atas katil bilik bedah namun apa yang buat kami pelik perutnya kempis.
Apabila ditanya kes apa, rupa-rupanya wanita tersebut baru sahaja berkahwin. berlaku pendarahan tanpa henti dipercayai disebabkan vigorous intercourse.

Selepas itu, kami ke bilik yang menempatkan bayi-bayi yang baru lahir melalui caesarian. ada seorang bayi kepalanya besar. hydrocephalus. everything normal except kepalanya dan terdapat cairan csf keluar di bahagian belakangnya, kalau tak silap.

Bila berhadapan dengan kes yang macam ini. betapa kami bersyukur dilahirkan ke dunia normal sifat. dengan surrounding yang baik. sesungguhnya kita semua amatlah bertuah jika dibandingkan dengan keadaan rakyat kat sini yang kurang segalanya. tahap kesihatan dan kebersihan yang rendah ditambah pula populasi yang begitu ramai. namun mereka tetap bersyukur dilahirkan ke dunia.

Malam tu kami pulang dengan pengalaman yang baru. semoga kami menjadi doktor yang berguna di dunia dan akhirat~


1 comment:

  1. wah pengalaman yang sangat2 bermakna... hurm... INsyaAllah.. mudah2an menjadi doktor yang berguna dunia akhirat.. amin~~~ salam perkenalan...

    ReplyDelete